Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang
sihat-sihat hendaknya. Kalau tidak sihat, saya nasihatkan anda untuk mengambil
ubat biar cepat sihat. Jika tidak, boleh bercelaru fikiran. Bercakap mengenai kecelaruan,
suka saya untuk berkongsi satu kisah berkenaan kecelaruan komunikasi disebabkan
penggunaan bahasa mudah atau lebih mudah difahami sebagai bahasa SMS. Saya
percaya semua orang menggunakan bahasa SMS dan saya sendiri mengaku menggunakan
bahasa SMS.
Bukan
apa, lebih ringkas dan cepat untuk menaip pesanan. Walau bagaimanapun,
kelemahan menggunakan bahasa SMS ini adalah mudah berlaku salah faham di antara
pemberi pesanan dan juga penerima pesanan. Sudahlah perkataan tidak dieja
dengan penuh, tanda baca lagilah tidak disertakan sekali. Sebagai contoh, “ble
dtg ptg ni”. Banyak maksud pesanan yang boleh kita rungkai berdasarkan contoh
tersebut. Pertama, kita boleh anggap penghantar mesej menanyakan “boleh saya
datang petang ini”. Kedua kita juga boleh menganggap mesej tersebut bermakna
“bila mahu dating? ada hal penting ini”.
Mungkin anda semua pernah menghadapi salah
faham seperti ini bukan. Pendapat saya memang saya faham, kita pada masa ini
dunia memang bergerak dengan pantasnya dan semua benda pun turut mahu dilakukan
dengan pantas tapi kita harus ingat bahawa perkara yang kita anggap remeh
seperti menghantar pesanan dan mengharapkan orang lain memahami apa yang kita
cuba sampaikan mungkin akan berakhir dengan sesuatu yang ita tidak duga.
Lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang sangat penting.
Nasihat
saya kepada orang ramai dan juga mengingatkan diri saya sendiri, jangan kedekut
dengan ruang mesej anda. Tidak ada apa akan rugi, malahan akan memudahkan semua
pihak amnya. Sekian diari harian saya buat kali ini. Terima kasih kerana setia
membaca sehingga ke akhirnya. sebarang komen daripada anda semua sangat say alu-alukan.







.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)



