Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati. Saya agak seronok
jika dapat mengenakan seseorang yang cakap bermegah tetapi akhirnya terkena
pada batang hidungnya sendiri. Tetapi bukan saya ingin menceritakan saya telah
mengenakan sesiapa pada pada kali ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi satu
situasi yang agak luculah pada pandangan saya. Sempena bulan memartabatkan
bahasa Melayu ini, saya banyaklah terlibat dengan seminar yang dianjurkan.
Biasalah apabila bercerita tentang seminar,
tentulah banyak tokoh yang diundang bagi berkongsi pendapat dan melontarkan
cadangan bagaimana bahasa Melayu harus dimartabatkan. Tidak mahu ada langsung
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang digunakan secara rojak.
Sedang sibuk seorang tokoh bercakap tentang memartabatkan bahasa Melayu,
menggunakan bahasa Melayu mengikut fonetik dan fonologinya dan mengemukakan
cadangan bagaimana mahu memartabatkan bahasa Melayu tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi, lalu tokoh tersebut mengangkat
panggilan tersebut bagi memberitahu bahawa dia sedang berseminar.
Ketika
beliau mengangkat telefon tersebut, parkataan yang pertama keluar daripada
mulutnya ialah “hello”. Tersenyum sendiri saya mendengarnya. Seorang tokoh yang
beria mahu bahasa Melayu dimartabatkan telah melakukan perkara yang tidak
sepatutnya. Sepatutnya beliau menjawab “apa khabar” ataupun sebagai Islam harus
memberi salam. Saya tidak mahu cakap dengan lebih panjang, anda dapat menilai
situasi tersebut dengan pandangan anda sendiri. Sekian saja perkongsian saya
buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.