Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada anda semua pembaca sekalian. Kali ini saya ingin berbicara mengenai
makanan. Memang sangat sedap jika dapat menjamu makanan yang panas-panas ketika
cuaca sejuk, maklumlah sedang musim hujan. Jangan terliur pula anda yang sedang
membaca.
Situasinya
adalah sewaktu saya pulang dari kelas, disebabkan rasa perut yang agak
kelaparan saya singgah di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran depan kampus
untuk membeli kuih sebagai kudapan waktu petang. Semasa saya sedang sibuk-sibuk
memilih untuk membeli kuih, datang seorang lagi pembeli lain dan dia bertanya
kepada penjual “ mak cik, goreng pisang ada tak?”.
Sebagai
pelajar yang mengambil program Pendidikan Bahasa Melayu saya hanya mengelengkan
kepala kerana penggunaan bahasa Melayu yang salah. Penggunaan perkataan “
goreng pisang” adalah salah kerana melanggar hukum D-M. Hal ini kerana dalam
hukum D-M, perkara yang diterangkan haruslah hadir dahulu sebelum perkara yang
menerangkan. Dalam hal ini, ‘goreng’
merupakan perkataan yang menerangkan tentang ‘pisang’. Perkataan sebenar
ialah pisang goreng.
Jika
perkataan ‘goreng’ dihadapankan, frasa tersebut merupakan frasa kerja bukannya
kata nama. Yang musykilnya, kenapa tiada orang menyebut ‘goreng nasi’? Pandai
pula hendak menyebutnya dengan betul ‘nasi goreng’. Sekadar itu sahaja coretan
saya buat kali ini. jika ada sebarang perkongsian lain, diharap dapat dikongsi
bersama-sama di ruangan komen. Sekain terima kasih.
No comments:
Post a Comment