Monday, 24 September 2012

SELAMAT BERKENALAN




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.
Salam perkenalan daripada saya Muhamad Izwan Bin Tarmin @ Rasimin, pemilik blog mzack90@blogspot.cam. Saya baru sahaja berusia 22 tahun, berasal dari Muar, Johor. Sekarang sedang menuntut di Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Perak, dan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. Berkaitan dengan blog saya ini, hal-hal yang bakal terkandung dalam blog saya ini adalah berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang dalam kalangan masyarakat mengikut situasi yang sedang mereka alami. Tidak terlalu tumpu dalam percakapan dalam masyarakat semata-mata, saya juga membuat pemerhatian terhadap iklan, bahasa dalam televisyen, perniagaan dan lain-lain yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu. Saya akan menyatakan segala situasi yang berlaku di sekeliling saya dan saya akan kongsikan situasi tersebut bersama-sama dengan pembaca blog saya ini.
 Situasi yang berlaku sama ada menggunakan bahasa yang betul ataupun menggunakan bahasa yang salah akan dipaparkan dalam blog saya ini. Pada setiap situasi yang berlaku dan cara penggunaan bahasa dalam situasi tersebut akan saya ulas dan berikan pendapat yang bernas. Semoga apa yang cuba saya kongsikan di dalam blog saya ini dapat memberikan manfaat yang baik bagi kita apatah lagi pada masa kini kita sering melaungkan yang kita mahu memartabatkan bahasa Melayu kita. Saya sebagai insan kecil yang mahukan bahasa saya terus diangkat akan membantu dengan sedikit usaha melalui perkongsian ilmu di dalam blog yang saya buat ini. Segala sokongan anda amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment