Monday, 24 September 2012

MESYUARAT OH MESYUARAT!





Assalamulaikum kepada semua pembaca blog saya. Pada penulisan saya yang pertama, saya ingin berkongsi satu situasi yang sering berlegar di sekitar kita terutamanya kita sebagai pelajar intitusi pengajian tinggi. Dalam apa-apa situasi yang memerlukan kata sepakat, kita memerlukan satu perbincangan bagi mengambil seberapa banyak pendapat untuk kita sama-sama berhujah dan akhirnya mendapatkan satu pesetujuan. Saya merupakan salah seorang yang telah dilantik menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Unit Kediaman Luar Kampus.
 Pelbagai program dan aktiviti yang telah kami rancangkan. Sebagai seorang JMK, saya tidak dapat lari daripada menghadiri mesyuarat untuk membincangkan segala hal yang dirancangkan supaya dapat berjalan dengan jayanya. Apa yang saya ingin kongsikan di sini, majoriti daripada kami ialah  golongan pelajar yang sama umur dan dan semester. Pada kebiasaannya, kami akan berbual sama seperti orang lain berbual. Apa yang menariknya, menyuarat akan kami mulakan pada pukul sembilan malam dan kami akan datang sebelum pukul sembilan malam. Sebelum mesyuarat bermula, bahasa yang kami gunakan adalah bahasa yang tidak formal seperti menggunakan ganti nama diri aku dan engkau serta penggunaan dialek yang pekat.
Sebaik sahaja pengerusi mesyuarat menyatakan mesyuarat akan dimulakan, secara automatiknya kami semua akan menggunakan bahasa yang standard yang biasanya digunakan dalam mesyuarat. Kami semua merupakan orang yang sama yang berbual-bual mengunakan bahasa yang tidak formal sebentar tadi sekarang menjadi seorang yang menggunakan bahasa yang formal. Apa yang menyebabkan kami semua mengubah penggunaan bahasa kami menggunakan bahasa formal kerana situasi kami yang sedang bermesyuarat. Paling ketara adalah penggunaan kata gandi diri dari aku kepada saya dan engkau kepada anda. Dapat dilihat dalam masyarakat kita sendiri, semua orang masih lagi menghormati majlis mesyuarat kerana kita masih lagi menggunakan bahasa formal sama ada mesyuarat di peringkat kecil mahupun peringkat besar.


 Bagi situasi yang saya hadapi dalam mesyuarat saya, saya berbangga kerana bahasa formal yang sebenar masih dapat dikekalkan dalam mesyuarat walaupun kami daripada golongan pelajar yang masih lagi ramaja dan mempunyai bahasa sehari-harian kami yang agak tunggang-langgang. Menghadiri banyak mesyuarat secara tidak langsung telah membiasakan saya untuk menggunakan bahasa yang betul ketika saya berhubungan dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment