Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca. Semoga dalam keadaan sihat hendaknya. Situasi yang saya
ingin kongsikan pada kali ini berkenaan panggilan yang biasanya digunakan oleh
remaja malahan budak-budak juga. Panggilan yang saya maksudkan ialah panggilan
yang tidak elok ataupun panggilan yang tidak sedap didengar malah boleh
menyakitkan hati orang lain.
Kisahnya
ketika saya pergi ke Tasik Proton City bersama-sama dengan rakan-rakan untuk bersiar-siar.
Semasa di sana, terdapat ramai orang yang juga datang untuk beriadah. Semasa
sedang duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan, saya memerhatikan gelagat
tiga orang sahabat yang sedang berjalan. Mereka mula usik-mengusik dan bergurau
antara satu sama lain.
Dalam
telatah mereka itu, saya dapat mendengar kata-kata salah seorang daripada
mereka yang memanggil kawannya dengan panggilan ‘gemok’ lalu kawannya itu
membalas dengan memanggilnya ‘pendek’ sebagai satu ejekan. Mungkin pada mereka
perkara tersebut hanyalah satu gurauan, sebenarnya jika perkara tersbut
berlarutan boleh mendatangkan pergaduhan. Pada pandangan saya, kita tidak
seharusnya mengejek seseorang itu dengan nama yang kurang elok untuk didengar.
Sudah
elok seseorang itu diberikan nama oleh kedua ibu bapanya. Cuba anak kamu yang
sudah kamu berikan nama yang baik tetapi kawan-kawan kepada anak kamu memanggil
anak kamu dengan nama yang buruk. Perkara tersebut boleh mendatangkan marah
bukan? Saya tahu, ejekan yang dikeluarkan adalah berdasarkan sifat atau fizikal
yang dimiliki oleh seseorang.
Walau
bagaimanapun, itu adalah kurniaan Allah dan kita tidak boleh
memperlekehkannya. Kita juga harus
bersyukur dengan sifat yang Allah kurniakan kepada kita, bukannya mengejek
dengan gelaran yang tidak elok. Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih
kepada anda yang sudi membaca.
No comments:
Post a Comment