Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya. Di sini saya ingin
berkongsi satu perkara yang sepatutnya tidak harus berlaku tetapi telah
berlaku.parkara yang saya maksudkan adalah kesalahan ejaan pada banner dan pada
beg saguhati. Perkataan yang terlibat iaitu “setiakawan”.
Perkaaan
tersebut sepatutnya tidak dieja rapat kerana perkataan majmuk tersebut bukanlah satu kata majmuk yang mantap dan
perkataan tersebut tidak tergolong dalam 15 ejaan kata majmuk yang telah mantap
seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan. Perkataan yang betul harus la
dieja jarak “setia kawan”.
Ejaan
yang betul tertulis pada beg saguhati. Saya tertanya-tanya bagaimana kesalahan
tersebut boleh berlaku pada seminar pada peringkat antarabangsa. Acara tersebut
dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasionnal (GAPENA) yang ahlinya terdiri
daripada golongan bijak pandai dan pakar bahasa tetapi masih lagi berlaku
kecuaian yang tidak sepatutnya.
Satu lagi kesalahan yang dapat saya kesan
adalah ejaan “patriotime” yang ejaan sebenarnya ialah “patriotisme”. Kesalahan
ini jelas terpampang di banner tersebut dan tiada siapa pun yang menegur
kesalahan tersebut. Semua sedang sibuk memperdebatkan bagaimana mahu
memartabatkan bahasa Melayu sedang kesalahan yang mereka lakukan tidak mereka
perasankan.
Ibarat
kuman di seberang laut kita nampak, gajah di depan mata kita tidak nampak. Bagi
saya, tokoh-tokoh semua harus catna dengan semua benda berkaitan bahasa, bukan
hanya tahu berkata-kata tetapi prihatin dan pandanglah dahulu sekeliling mereka
sebelum mahu memperelokkan perkara yang besar-besar. Sekian sahaja prkongsian
saya buat kali ini. Semoga anda semua berpuas hati. Terima kasih kerana terus
membaca.
Anda sendiri pun tulis salah dalam Gabungan Penulis Nasionnal. Ejaan yang betul, Nasional.
ReplyDeleteSatu lagi perkataan prkongsian. Ejaan betulnya, perkongsian.
ReplyDelete