Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua pembaca blog saya, semoga sihat-sihat hendaknya. Kegiatan membuang
sampah merata-rata kini menjadi gaya hidup yang biasa dalam kalangan masyarakat
di Malaysia sehinggakan ada pelancong Jepun pernah berkata rakyat Malaysia
tidak sayangkan negara sendiri .
Situasi
pada kali ini berlaku ketika saya mahu ke kelas di kampus. Dalam perjalanan,
saya mengekori belakang sebuah kereta Viva berwarna hitam. Sedang asyik
menunggang motosikal, setibanya di simpang tiga berhampiran Taman Bernam,
tiba-tiba saya ternampak satu beg plastik terbang ke arah saya secara tiba-tiba.
Namun,
saya sempat mengelaknya. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa
salah seorang penumpang di dalam kereta tersebut telah membuang sampah melalui
tingkap kereta itu. Dengan perasaan tidak bersalah dia telah melakukan
kesalahan yang agak berat kerana membuang sampah merata-rata. Siapa yang hendak
mengutip samaph yang dia buang tadi.
Kita
sebenarnya tidak boleh membuang sampah merata-rata kerana akan menyebabkan
persekitaran kotor dan kadang-kadang boleh mendatangkan kemudaratan sperti
penyakit dan penyakit. Dalam hal ini, masyarakat dikatakan tidak mempunyai
nilai sivik yang tinggi kerana bertindak membuang sampah ke luar kenderaan
tanpa mengambil kira pengguna jalan raya yang lain.
Bagaiamana
jika saya mengelak plastik tersebut tapi mengalami kemalangan. Justeru, saya
menyeru pelbagai pihak supaya sedar dan waspada terhadap tindakan yang tidak
berpedoman seperti membuang sampah merata-rata. Simpanlah sementara sampah
tersebut sehingga tiba di tempat buang sampah yang sepatutnya. Bukannya payah
sangat. Sama-samalah kita berganding bahu menjaga kebersihan negara kita demi
kesejahteraan bersama. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment