Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada pembaca-pembaca blog saya. Keadaan yang saya ingin saya kongsikan pada
kali ini adalah pada suatu pagi saya mula membuka komputer riba untuk mencari
sedikit maklumat tentang tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Sambil
saya melayari internet, saya turut membuka laman ‘Facebook’ milik saya.
Semasa
memerhatikan setiap status yang dikemas kini oleh rakan-rakan saya, mata saya
terpandang kepada satu status yang agak kasar yang tertulis “ WTF dude ?” .
Status tersebut telah ditulis oleh seorang perempuan melayu yang saya kenal.
Agak kenapalah kawan wanita saya menulis perkara yang kasar bertanya saya dalam
hati saya? Tidak bolehkah disimpan sahaja di dalam hati ataupun diluahkan saja
tanpa perlu ditulis.
Pada pandangan saya, gadis tersebut tidak
seharusnya berkata sedemikian kerana kata-kata itu mempunyai makna yang kurang
baik iaitu ‘what the fuck’. Dalam
masyarakat melayu, perkataan itu merupakan satu kata kesat yang akan menyakitkan hati orang yang
mendengarnya atau melihatnya. Justeru, kita seharusnya bersabar dan
berjaga-jaga dalam melakukan apa-apa tindakan walaupun dalam keadaan yang
marah. Kita harus peka dengan sensitivity masyarakat di Malaysia.
Situasi ini juga akan membuatkan masyarakat
mula memandang rendah terhadap diri kita kerana kurangnya adab dan santun dalam
berbahasa. Lebih-lebih lagi yang mengeluarkan perkataan tersebut daripada
seorang wanita Melayu yang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Hal
ini secara tidak langsung telah mencalarkan imej tersebut.
Diharap kepada pembaca tidaklah melakukan
perkara seperti di atas demi menjaga meruah bangsa kita. Semoga kit dapat
memuhasabah diri kita semua. Sekian sahaja tuisan saya buat kali ini. Terima
kasih kerana setia membaca hingga ke akhirnya.
No comments:
Post a Comment