Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini. pada kali ini saya
ingin berkongsi satu situasi di mana pada hari yang tidak sibuk, saya mengambil
kesempatan ini untuk merehatkan diri di rumah. Selesai sahaja mengemas rumah,
saya duduk bersantai sambil mendengar radio. Penat juga saya mendengar celoteh
penyampai radio Hot Fm yang dari tadi sibuk membualkan isu berkenaan alam
sekitar.
Ternyata tahap kesedaran rakyat Malaysia berkenaan kepentingan menjaga
alam sekitar berada pada tahap yang rendah sekali. Manusia alpa dengan
keindahan alam yang harus dijaga sehinggakan
alam sekitar megalami kepupusan dari segi flora dan faunanya. Apa yang
menarik, penyampai radio tersebut mengkritik hebat golongan manusia yang kejam
terhadap alam sekitar sambil menyelitkan unsur lelucon agar tidak menyinggung
mana-mana pihak. Saya tertarik dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri namun
mesej yang ingin di sampaikan amat terkesan di dalam hati.
Pada pendapat saya, gaya penyampai radio yang bijak
menyampaikan sesuatu maklumat sambil menyelitkan unsur gurauan mampu menarik
minat pendengar dibandingkan dengan membaca majalah, suratkhabar dan buku
ilmiah. Boleh dikatakan percakapan atau cara berkomunikasi yang baik boleh
mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang. Dengan ini, penyampai radio
haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dalam menyampaikan sesuatu
mesej mengikut cara-cara tertentu agar tidak menyingung perasaan pendengar.
Kita sebagai pendengar juga boleh mengambil contoh
yang baik dengan mengaplikasikan cara penyampai radio tersebut menyampaikan
sesuatu dengan diri kta untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan kaedah yang
lebih berkesan dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekian saja coretan saya
buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment